BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 21, 2011

!!~~..Ku MaHu KaU tAhU..~~!!

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.


Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.


Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Wednesday, March 16, 2011

!!~~..KAWAN KU DULU , KINI & SELAMANYA..~~!!


Kawan tuh bukan macam main FUTSAL , mula-mula kejar , dah dapat sepak..
Kawan tuh bukan macam main SKATE , mula-mula gosok , lepas tuh pijak..
Kawan tuh bukan macam main RAGBI , mula-mula tangkap , dah dapat tendang..
Kawan tuh bukan macam PAMPERS , dah pakai , buang..
Kawan tuh bukannya macam BARANG KEMAS , waktu baru beli pakai , dah sengkek gadai..
Kawan tuh bukan macam PELANGI , hari cerah tak dew , hujan gerimis baru muncul..
Kawan tuh bukan macam KERETA , rosak sikit , jual..ambek kereta baru..
Kawan tuh bukan macam CHIPSMORE , kejap ada kejap tak dew..
Kawan tuh bukan macam BANK , bila dah tak dew duit , pegy kat sana ambek..
Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan..bagi saya , kawan itu PENTING..
Seorang kawan tak akan biarkan kawan dy MENANGIS , SEDIH , BERDUKA & sebagainya..
Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk & berbincang tentang pelbagai perkara.